fbpx

PRU15: Saya baik dengan arwah bapa Ahmad Faizal – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (tiga kiri) bersama penyokongnya ketika berada di Pusat Operasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di Kampung Manjoi, Ipoh hari ini.

IPOH – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan keputusannya untuk bertanding di Perak khususnya di Parlimen Tambun bertujuan menawarkan tawaran yang lebih baik kepada pengundi dan tidak bersifat pertembungan peribadi.

Beliau menjelaskan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi dengan penyandang kerusi Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, apabila membuat keputusan bertanding di situ.

Malah, beliau memaklumkan mempunyai hubungan baik dengan bapa Ahmad Faizal iaitu Allahyarham Datuk Azumu Tak, ketika masih hidup serta bapa mentua Menteri Belia dan Sukan itu, Datuk Radzi Manan, khususnya ketika Anwar masih berada dalam UMNO.

“(Jadi), kita tidak mahu layan isu peribadi, saya pilih Tambun untuk melonjak kekuatan di Perak dan tawan Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, beliau sudah melakukan tinjauan dan kajian sebelum membuat keputusan bertanding di Tambun dan mengakui ia bukan kerusi mudah seperti Permatang Pauh, Port Dickson atau mana-mana kerusi di Selangor.

Mengenai pengumuman dua calon ‘payung terjun’ bertanding di Perak semalam, Anwar menjelaskan, ia bukan bermaksud PKR Perak ketandusan calon sebaliknya sebagai salah satu strategi dalam mengubah politik negara.

Semalam, anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Abdul Aziz, akan bertanding mewakili PKR di Perak.

Menurut Anwar, kira-kira 90 peratus calon PKR adalah aktivis parti, manakala selebihnya menampilkan beberapa tokoh bagi memberi ruang kepada semua golongan mewakili parti itu.

Ditanya mengenai pengalaman beberapa parti politik yang menampilkan calon ‘payung terjun’ akhirnya tewas, Anwar berpendapat menang atau kalah adalah atas kebijaksanaan pengundi kerana yang penting ialah bertawakal kepada Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI