fbpx

PRU15: PN letak calon di setiap DUN, 14 Parlimen Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) Pahang memutuskan meletakkan calon mereka di setiap 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pengagihan kerusi bagi negeri ini telah diputuskan tetapi beliau enggan mengulas lanjut berapa banyak kerusi yang akan dipertandingkan oleh calon dari parti Bersatu, PAS mahupun Gerakan.

“Pengagihan kerusi di negeri Pahang sudah selesai di peringkat PN negeri. Perundingan empat kali pusingan berjalan dengan mesra dan kita sekarang sedang menunggu keputusan daripada majlis tertinggi.

“Saya difahamkan ia akan diumumkan tidak lama lagi. Berapa ramai muka baharu itu saya tidak boleh cakap, cuma yang saya tahu ramai.

“Silap-silap 100 peratus (muka baharu). Saya pun tidak tahu saya bertanding atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai gesaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya yang meminta pengundi Indera Mahkota untuk memastikan kemenangan tidak lagi berpihak kepada penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota itu beliau berkata, telah melakukan sedaya upaya melaksanakan tanggungjawabnya.

“Parti belum buat keputusan sama ada saya masih bertanding di Indera Mahkota atau tidak. Rafizi pun tidak tahu.

“Apa yang saya tahu, saya telah cuba sedaya upaya dan faham ada juga kelemahan saya terutama melibatkan jumlah masa yang saya habiskan di kawasan.

“Sebagai Menteri Luar, saya banyak di luar negara namun sebolehnya saya akan balik juga. Orang Indera Mahkota tahu saya balik dan pasukan saya juga sentiasa menjalankan tugas mereka sebaiknya. Rakyat dan pengundi Indera Mahkota mengenali saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI