fbpx

Timbalan Pengarah MCMC dipenjara 7 hari, denda RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daffy dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM25,000 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini hari ini.

KOTA KINABALU – Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari serta denda RM25,000 ke atas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan sewaan bot pada 2013.

Tertuduh, Mohd. Daffy Liamin, 37, mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah di SKMM Pejabat Wilayah Sabah Cawangan Beaufort dengan curangnya menggunakan satu dokumen palsu pada 7 Mac 2013 bertempat di MCMC Negeri Sabah.

Mohd. Daffy didakwa menggunakan dokumen tiga Resit Pelayaran Persatuan Pengusaha Bot Tambang Menumbok (PPBTM), untuk bayaran sewa bot bernilai keseluruhan RM9,000.

Kes pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala tertuduh diwakili peguam Joseph Perira A/L T. P. Perira.

Tertuduh didakwa menggunakan dokumen terbabit bagi tujuan menipu pembuktian kononnya perbelanjaan itu digunakan berhubung perkhidmatan sewaan bot untuk Program Himpunan Kasih Sayang Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 2013.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun yang sama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara selama tujuh hari serta denda sebanyak RM5,000, manakala untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dihukum penjara selama tujuh hari serta denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI