fbpx

Tiada kerja lelaki ganggu buaya gergasi hampir dibaham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu dirakam menghampiri buaya tersebut sebelum memegang ekornya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki hampir dibaham seekor buaya gergasi ketika dia berada di tebing sebatang sungai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kodil0127.

Berdasarkan rakaman video, buaya itu mempunyai saiz agak besar iaitu kira-kira 3 meter panjang. 

Lelaki bertopi itu menghampiri reptilia tersebut dan mengganggunya ketika ia berjemur di tebing sungai. Aksi itu turut ditonton oleh penduduk setempat.

Dia mengangkat ekor buaya dan menghayunkannya sebelum menghampiri perut binatang buas itu.

Buaya itu kemudian menerpa ke arah lelaki itu tetapi dia sempat melarikan diri. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sikit lagi pindah alam. Mencari masalah betul,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI