fbpx

Atletico kelab ketiga La Liga tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRASCO gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan sekali gus menyaksikan Atletico gagal meneruskan kemaraan dalam saingan UCL musim ini. – AFP

MADRID – Pasukan Atletico Madrid menjadi kelab La Liga yang ketiga tersingkir pada pe­ringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini selepas terikat 2-2 ketika bertemu Bayer Leverkusen di Wanda Metropolitano awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Atletico tidak berjaya meraih kemenangan selepas pemain sayap, Yannick Carrasco gagal me­nyempurnakan sepakan pe­nalti pada masa kecederaan yang mampu menghidupkan peluang pasukan untuk mara ke peringkat 16 terbaik.

Keputusan seri yang diraih skuad Los Rojiblancos dan Leverkusen menyaksikan ke­dua-dua pasukan terkandas di pe­ringkat kumpulan selepas Porto merekodkan kemena­ngan 4-0 ke atas Brugge pada awal pagi semalam.

Kata Simeone, saingan Liga Juara-Juara sememangnya memberi kenangan pahit sejak menjadi pembimbing kelab Atletico dan kini barisan pemain perlu fokus untuk merebut tempat dalam saingan Liga Europa nanti.

“Pengalaman dalam sai­ngan Liga Juara-Juara cukup perit kerana kami turut tewas dua kali (edisi 2014 dan 2016) di pentas final dan kini ia ber­ulang lagi. Namun, saya mahu kekal positif kerana cabaran pasukan masih belum berakhir dan satu lagi perlawanan perlu ditempuh.

“Cuma, saya sedikit ralat ke­rana kita berupaya meraih kemenangan ke atas Leverkusen, tetapi peluang terbaik pasukan hadir pada masa kecederaan, tetapi penalti tersebut gagal disudahkan oleh Carrasco,” katanya.

Kelmarin, Sevilla juga ter­singkir biarpun berjaya meraih kemenangan 3-0 ke atas FC Copenhagen selain Barcelona juga menerima nasib yang sama sekali gus meninggalkan Real Madrid untuk meneruskan perjuangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI