fbpx

Mercedes bimbang cabaran Audi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF percaya bahawa Audi memiliki kekuatan luar biasa menyebabkan Mercedes perlu membuat persiapan yang lebih baik menjelang musim 2026. – AFP

LONDON – Pasukan Mercedes dilihat berwaspada dengan kehadiran Audi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) selepas pengeluar jentera dari Jerman tersebut sah menjalani kerjasama bersama pasukan Sauber Motorsport bermula musim 2026 nanti.

Jenama kereta tersohor dunia itu sebelum ini dikatakan berminat untuk menyertai F1 terutama selepas pengenalan peraturan baharu membabitkan enjin F1 dan ber­usaha untuk bekerjasama dengan pasukan sedia ada seperti Sauber, Williams, Aston Martin dan McLaren.

Ketua Pa­sukan Mercedes, Toto Wolff menegaskan, langkah serius yang diambil Audi menyebabkan pihaknya tidak memandang rendah keupayaan pasukan tersebut dan yakin Audi mampu menjadi pencabar baharu F1 2026 kelak.

“Saya tidak memandang rendah keupayaan Kumpulan Volkswagen. Saya menilai pasukan tersebut mampu memberi tentangan dan mampu menjadi pasukan yang berjaya pada 2026 nanti,” kata Wolff.

Audi dan Mercedes adalah seteru utama terutama dalam pertembungan mereka dalam siri perlumbaan DTM, namun Audi tidak pernah bersaing dalam Formula Satu (F1).

Bagaimanapun, penyertaan Audi pada 2026 nanti sekali gus menghidupkan semula persai­ngan dalam merebut kejuaraan dunia F1 dan pasti peraturan baharu merancakkan semula perlumbaan berprestij tersebut.

Wolff dalam pada itu turut percaya kepakaran keseluruhan Kumpulan Volkswagen mampu meletakkan Audi ke tahap lebih baik meskipun berada pada tahun pertama di F1.

“Kekuatan kewangan, penge­tahuan, kepakaran dalam sukan permotoran serta kerjasama bersama Sauber adalah satu pilihan yang terbaik buat mereka,” tegas Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI