fbpx

Satira nakal Douglas Lim, SonaOne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menerusi Aduh!, Douglas Lim yang sebelum ini terkenal sebagai pelawak dan pengacara menambah satu gelaran dalam profilnya selaku penyanyi.

DALAM keletahnya yang selalu menghiburkan ramai dengan jenaka mencuit hati, siapa sangka dia kini akhirnya bergelar penyanyi!

Impian pelawak terkenal Douglas Lim sejak sekian lama untuk menerbitkan sebuah lagu berinspirasi hip-hop menjadi nyata dengan peluncuran single berjudul Aduh!

Lebih mengujakan, impian Douglas menampilkan penyanyi rap dan penerbit lagu hip-hop popular tempatan, SonaOne sebagai rakan kolaborasi juga tertunai menerusi Aduh!

Kata Douglas, dia tidak dapat menyembunyikan rasa gembira tatkala SonaOne bersetuju membantunya menjayakan projek single tersebut.

“Memang impian saya sejak sekian lama untuk merakamkan sebuah lagu hip-hop. Selepas SonaOne bersetuju, saya berlatih berkali-kali sebelum rakaman.

“Tetapi kehadiran bersama SonaOne membuatkan pengalaman ini menjadi semakin seronok dan sangat menarik,” ujarnya teruja.

Projek kerjasama antara Def Jam Malaysia dengan Alternate Records tersebut menyaksikan Douglas dan SonaOne berpadu suara dalam lagu Aduh! yang kandungan liriknya agak ‘nakal’.

Disertakan dengan melodi rancak serta ‘hook’ yang hebat, lagu tersebut pasti meninggalkan kesan dalam ingatan semua yang mendengar.

SONAONe menyifatkan penyatuan antara muzik dan komedi bukan sesuatu yang asing.

Semarak suasana

Sementara bercakap tentang proses rakaman pula, Douglas berkata, semuanya berjalan dengan lancar memandangkan mereka telah berusaha sehabis baik.

Malah, masing-masing menonjolkan kekuatan yang dimiliki demi melengkapi intipati lagu dan memberi makna sebenar untuk karya tersebut.

Dalam pada itu, SonaOne turut melihat muzik dan komedi mampu menyatu seperti yang pernah dibuktikan oleh bintang-bintang dunia misalnya Weird Al Yankovic, Jack black dan Jin Hackman.

“Saya mahukan lagu ini berentak rancak dan mampu menyemarakkan suasana dengan bunyi yang sesuai bersama mainan kata Douglas.

“Jadi saya sudah jangkakan dari awal bahawa projek ini pasti mudah prosesnya,” kata SonaOne.

Aduh! menceritakan tentang kisah keyakinan diri yang jitu dan boleh dicontohi sesiapa sahaja dalam kehidupan harian.

“Bayangkan lagu ini seperti seorang jejaka yang sangat yakin dan selesa dengan penampilannya sehingga merasa dia terlalu kacak sampaikan ketampanannya itu menyakitkan,” seloroh Douglas.

NAKAL dan tersirat banyak makna. Perkara tersebut yang mencorakkan lagu Aduh! nyanyian Douglas dan SonaOne.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI