fbpx

Selepas konsert, Omega X dipukul CEO sendiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN OMEGA X

PERBINCANGAN hangat berlegar dalam media sosial selepas ada netizen mendedahkan kejadian malang yang menimpa kumpulan Omega X, baru-baru ini.

Menerusi Twitter, seorang peminat mendakwa ternampak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Omega X melakukan kekerasan dengan memukul anggota kumpulan itu sejurus selepas konsert mereka di Los Angeles.

Malah sebagai bukti, peminat itu turut memuat naik rakaman audio yang mengandungi suara CEO itu menjerit dan memukul anggota Omega X.

Selepas pendedahan tersebut berlegar dalam Twitter, muncul pula seorang netizen lain mendakwa ibunya juga pernah melihat kejadian sama di Chile.

Tidak berdiam diri dengan pendedahan panas tersebut, agensi SPIRE Entertainment mengeluarkan kenyataan membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut menuai kemarahan peminat kerana dikatakan menunjukkan sisi gelap syarikat yang enggan bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan CEO mereka.

Kenyataan yang ditulis juga langsung tidak betul apabila menyatakan Omega X meninggikan suara ketika sewaktu kejadian.
Sedangkan menurut peminat, dalam klip audio yang tersebar, hanya CEO itu yang menjerit terhadap kumpulan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI