fbpx

Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING – Beberapa kawasan di tujuh buah negeri diramal mengalami ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri yang telibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Sarawak.

Jelas MetMalaysia, keadaan cuaca itu akan berterusan sehingga pukul 5 petang nanti.

“Di Kedah antara kawasan yang terjejas adalah Langkawi, manakala bagi negeri Perak ia melibatkan kawasan di Kerian dan Larut, Matang dan Selama.

“Bagi Pahang pula ia membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong, manakala di Selangor, daerah yang terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat,” ujarnya.

Kata MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh kawasan di Kuala Lumpur, manakal di Negeri Sembilan ia melibatkan kawasan Jelebu.

“Beralih ke negeri Sarawak, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Miri (Telang Usan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI