fbpx

Cucu letak cekodok panas atas tapak tangan nenek dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka selepas mengaku mencederakan neneknya.

MELAKA – Perbuatan seorang cucu sanggup menampar dan meletakkan cekodok panas di tangan neneknya sehingga menyebabkan kecederaan berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Nazri Zol, 34, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja didapati telah menyebabkan kecederaan terhadap neneknya, Halimah Hassan, 83, kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah rumah di Taman Sutera Belia, Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 21 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 mengikut Seksyen 323 dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, ibu tertuduh telah melihat anaknya itu menolak warga emas berkenaan lalu menyuruhnya keluar dari rumah tersebut sebelum berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.

Tertuduh kemudian tiba-tiba bertindak menampar belakang badan serta muka neneknya dan mengambil cekodok panas sebelum meletakkannya pada tangan mangsa.

Laporan perubatan Hospital Melaka mengesahkan mangsa telah mengalami kecederaan soft tisu injury dan tertuduh telah ditangkap pada pada pukul 10 malam pada pukul 21 Oktober lalu.

Terdahulu, tertuduh yang merupakan penganggur merayu hukuman rendah diberikan, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan serius.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 21 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI