fbpx

Paskal bakal terima lebih 900 aset dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin memeriksa senjata api ketika mengadakan lawatan rasmi Ke KD Panglima Garang, Pangkalan TLDM Lumut hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

LUMUT – Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima lebih 900 aset pelbagai jenis yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan aset tersebut adalah menerusi kerjasama pertahanan erat antara Malaysia dan negara berkenaan.

Jelas beliau, ia khususnya melalui program Building Partnership Capacity serta hasil hubungan akrabnya dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III.

“Ia (aset) merangkumi Glock 17 Gen 4, M4 Carbine, jaket kalis peluru, spotter scope dan radio handheld Thales,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Pada masa sama, Hishammuddin berkata, hasil perbincangan berterusan antara kepimpinan kementeriannya serta TLDM, Paskal telah dan akan melaksanakan perolehan aset baharu pelbagai jenis dalam masa terdekat.

Katanya, perolehan aset baharu itu dibuat dengan mengambil kira kehendak serta keperluan ‘end user’ sendiri iaitu TLDM.

“Perolehan ini antara lain merangkumi aset-aset seperti Close Circuit Breathing Apparatus, submachine gun, static parachute, freefall parachute, thermal binocular serta pembinaan menara penembak sniper di Lapang Sasar Sniper,” katanya.

“Sebentar tadi saya memantau sendiri antara bentuk latihan Paskal yang mana saya bukan sahaja berpuas hati malah kagum serta akui tahap kemahiran dan kepakaran mereka berada pada kelas tersendiri.

“Bagaimanapun, sebagai salah satu pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Paskal tidak hanya mementingkan latihan taktikal dari semasa ke semasa tetapi juga memerlukan aset yang berkeupayaan menangani ancaman keselamatan semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI