fbpx

Tiga pasangan kekasih berkelakuan sumbang ditahan JHEAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu pasangan kekasih yang ditahan pasukan penguat kuasa JHEAT di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara berkelakuan sumbang di tempat awam, tiga pasangan kekasih ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) semalam.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan maksiat yang diadakan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, operasi yang dianggotai 20 penguat KUASA JHEAT terbabit dilaksanakan antara pukul 9 malam hingga 3 pagi.

Beliau berkata, sewaktu pemeriksaan dilakukan, tiga pasangan kekasih itu dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka duduk berdua-duaan terlalu rapat tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah.

“Oleh itu, mereka diberi notis untuk hadir sesi khidmat nasihat dan kaunseling di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI