fbpx

Tekanan hidup punca lelaki terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat Jee Meng Teng,55 yang dijumpai terapung di Sungai Galas di Kampung Kolam Mas, Gua Musang semalam.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang pekerja insurans yang dijumpai terapung di Sungai Galas di sini semalam dipercayai terjun ke dalam sungai itu akibat mengalami tekanan hidup.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, mayat mangsa, Jee Meng Teng, 55, ditemui terapung di kawasan sungai itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa yang tinggal di Kampung Baru di sini dipercayai menghadapi tekanan hidup selepas memperoleh kurang punca pendapatan sehingga dia bertindak terjun ke dalam sungai itu.

“Mangsa dilaporkan hilang dari rumah sejak awal pagi Rabu lalu. Meng Teng ada memaklumkan kepada isterinya bahawa dia tidak boleh tidur malam sejak empat hingga lima lalu.

“Pada malam Rabu lalu, mangsa mahu tidur awal kerana keletihan, namun kira-kira pukul 3 pagi, isterinya mendapati mangsa hilang dari tempat tidur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, penduduk menemui mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Galas, di Kampung Kolam Mas di sini.

Mayat itu yang hanya berpakaian seluar dalam sahaja dan sudah berbau dipercayai dihanyutkan arus sungai sebelum timbul pada petang semalam.

Sementara itu, Mohd. Taufik berkata, hasil siasatan menerusi pembedahan ke atas mayat terbabit di Hospital Gua Musang juga tidak menunjukan sebarang kejadian tidak diingini.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI