fbpx

UGS nafi dakwaan sindiket, syarikat berlesen dengan KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alat keselamatan kepala gas yang dijual UGS.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Syarikat pemasangan alat keselamatan kepala gas, UGS Network Service (M) Sdn. Bhd. (UGS) menafikan dakwaan syarikat tersebut merupakan sindiket yang menggunakan modus operandi memaksa pengguna untuk membeli perkhidmatan mereka.

Wakil Jabatan Sumber Manusia UGS, Nor Akmal berkata, UGS merupakan ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia dan mempunyai lesen jualan langsung daripada  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 2004.

Beliau menjelaskan dua kejadian yang berlaku di Rawai, Bukit Payung, Marang dan Batu Rakit, Kuala Nerus baru-baru ini merupakan salah faham yang berpunca daripada jurujual yang tidak menerapkan etika kerja ditetapkan syarikat.

“UGS telah mengambil tanggungjawab memulangkan duit caj perkhidmatan kepada penguna terlibat selain mengenakan tindakan disiplin terhadap setiap jurujual terlibat.

“Kami sentiasa memastikan ejen-ejen mematuhi kod etika dan tatacara jualan lansung seperti ditetapkan Akta Jualan Langsung 1993,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nor Akmal menyeru pengguna agar melaporkan kepada syarikatnya segera sebarang salah laku melibatkan jurujualnya tidak beretika seperti melakukan paksaan, desakan dan penipuan.

Ujar beliau, sebarang aduan boleh disalurkan
talian 1-300-888-688 atau 012-5236863 agar tindakan dalaman boleh dilakukan.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan dua wanita warga emas mendakwa telah dipaksa membayar caj pemasangan kepala gas oleh dua jurujual sebanyak RM370 tanpa sebarang persetujuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI