fbpx

Pecco jangka tentangan Bastianini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO (kanan) bakal mendapat rakan sepasukan yang baharu musim depan selepas Ducati mendapatkan khidmat Bastianini. – AFP

KUALA LUMPUR – Kehadiran Enea Bastianini yang menyertai pasukan utama Ducati menyebabkan tugas Francesco ‘Pecco’ Bagnaia semakin mencabar menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Meskipun Bastianini merupakan sahabat baik Pecco, namun pelumba Itali itu lebih gemar bersama pelumba Australia, Jack Miller pada musim 2023.

Justeru, Bagnaia mengakui tugasannya bukan mudah apabila bergandingan bersama Bastianini memandangkan juara dunia Moto2 (2020) itu sentiasa dahagakan kemenangan.

Situasi itu boleh dilihat ketika Grand Prix (GP) Malaysia di mana Bastianini menekan Bagnaia hingga ke pusingan terakhir di Sepang meskipun menggunakan jentera Ducati Desmosedici GP21.

“Sudah pasti suasana akan berlainan dan tidak akan mudah kerana kami perlu mencuba dan melakukan kerja yang baik dan pastinya, ia berbeza berbanding sekarang.

“Dia (Bastianini) orang yang berbeza dan benar-benar ingin mencatatkan kemenangan.

“Sukar untuk saya menerangkan dengan baik dalam bahasa Inggeris kerana tiada kata sesuai berbanding bahasa Itali.

“Tetapi, ia akan menjadi situa­si yang berbeza dan saya fikir sebagai permulaan sebaik saja anda tiba di pasukan Ducati, anda perlu menyesuaikan diri sedikit dengan semua jurutera.

“Ia tidak akan mudah untuk­nya pada permulaan, tetapi kemudian dalam kejuaraan ia akan sama seperti biasa.

“Saya yakin orang pertama yang anda mahu tewaskan ialah rakan sepasukan anda,” kata Bagnaia.

Bastianini yang digelar ‘La Bestia’ atau The Beast mempamerkan aksi terbaiknya musim ini bersama pasukan Gresini Racing apabila merangkul empat kemenangan dan menduduki tangga keempat keseluruhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI