SEORANG anggota Super Junior, Lee Hyuk-jae yang berdepan episod sedih selepas kehilangan bapa, akhirnya terbuka berkongsi rasa.
Hyuk-jae atau nama pentasnya Eunhyuk sebenarnya belum dapat menerima hakikat kehilangan bapa tercintanya.
Bagi Eunkyuk, pemergian mendiang bapanya secara tiba-tiba pada September lalu sesuatu yang cukup menghibakan, bahkan mengejutkan ahli kumpulan Super Junior yang lain.
Berita sedih tersebut dimaklumkan kepada Eunhyuk sebelum dia sempat mengadakan persembahan Super Show 9: Road’ Show di Manila, Filipina.
“Saya tidak mampu mengatasi perasaan kehilangan itu sepenuhnya.
“Apabila keseorangan, tiba-tiba air mata mengalir kerana masih tidak percaya ayah sudah pergi.
“Saya bagaimanapun bersyukur kerana memiliki rakan yang baik dan juga peminat yang selalu memberikan semangat,” ujarnya hiba.