fbpx

MyKad siap 30 minit, tiada alasan untuk tidak keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin (kanan) menyampaikan MyKad kepada Mek Nab di rumahnya di Kampung Laut 3, Tumpat hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Orang ramai diharap tidak menjadikan alasan tiada MyKad untuk enggan keluar mengundi kerana proses penggantian dokumen tersebut yang hilang atau rosak hanya mengambil masa selama 30 minit untuk siap.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan mereka yang berdepan masalah MyKad dapat melaksanakan tanggunjawab sebagai pengundi.

“Saya berharap tidak timbul lagi isu tidak mengundi kerana MyKad hilang kerana proses gantiannya mengambil masa setengah jam sahaja.

“Kita akan buat penggantian segera bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi melaksanakan tanggungjawab mereka. Selain itu, tiada sebarang caj dikenakan untuk mengganti MyKad,” katanya katanya ketika ditemui pemberita pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar), Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri JPN kepada seorang warga emas di Kampung Laut 3 di sini hari ini.

Dalam program itu, Mek Nab Ismail,83, yang terlantar akibat sakit tua menerima MyKad pertama selepas kelahirannya tidak pernah didaftarkan oleh kedua ibu bapa sejak kecil.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, proses menggantikan MyKad kebiasaannya memakan masa sehari, namun bagi kes-kes khusus boleh dilakukan dengan cepat iaitu dalam tempoh 30 minit.

Katanya, JPN sentiasa prihatin dan komited dalam memudahkan urusan pengguna selaras dengan slogan jabatan Rakyat di Hati JPN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI