fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 12 buah negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 12 buah negeri dikenakan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir itu melibatkan seluruh Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, amaran sama juga diberikan di beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Di Kedah, cuaca buruk dijangka melanda daerah Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala di Perak, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka akan melanda Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, Terengganu.

“Di Pahang pula, amaran ribut petir dikeluarkan di Tanah Tinggi Cameron manakala di Selangor pula melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat.

“Keadaan sama juga diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang, Johor,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Limbang, Sarawak.

“Amaran turut dikeluarkan di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI