fbpx

Mahkamah: Remaja perempuan dituduh bunuh tanpa niat adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA perempuan (kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi, Johor Bahru, Johor Bahru hari ini ini atas pertuduhan membunuh tanpa niag adik lelakinya pada 19 Oktober lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini atas pertuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, Iskandar Puteri, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 1.50 petang di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, 19 Oktober lalu.

Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Mirdah Mohd. Yunos yang mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Sementara itu, tertuduh diwakili peguam memohon ikat jamin dikurangkan kerana masih lagi remaja dan tidak ada sebab untuk melarikan diri.

“Tertuduh tidak ada sebab untuk melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.

Majistret membenarkan anak sulung daripada lima beradik itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 5 Disember sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 19 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, seorang pelajar perempuan bertindak membaling pisau ke arah adik lelakinya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI