fbpx

Biarlah rakyat Turkiye buat keputusan – Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita bertudung pada demonstrasi pro-kerajaan Julai lalu di luar dewan bandaraya di Istanbul. AFP

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mencadangkan supaya pungutan suara rakyat diadakan berhubung hak wanita memakai tudung dalam perkhidmatan awam termasuk  sekolah dan universiti, lapor laman berita RT baru-baru ini.

Erdogan yang menerima sokongan masyarakat Islam  yang taat kepada agama, telah memansuhkan beberapa undang-undang sekular Türkiye.

“Jika anda semua mempunyai keberanian, mari kita adakan pungutan suara rakyat, biarlah  rakyat sendiri membuat keputusan mengenai isu ini,” kata Presiden itu di Parlimen ketika berbahas dengan pemimpin  pembangkang, Kemal Kilicdaroglu.

Kemal telah mencadangkan rang undang-undang bagi menjamin hak wanita untuk memakai tudung di tempat awam dalam usaha  meyakinkan pengundi Islam bahawa parti sekularnya akan mempertahankan hak agama mereka.

Gesaan Erdogan untuk mengadakan referendum tersebut berkemungkinan antara usaha beliau untuk memenangi sokongan masyarakat Islam menjelang pilihan raya pada tahun depan.

Referendum adalah undian langsung oleh rakyat berhubung cadangan, undang-undang atau isu politik.

Kemal pernah menyokong larangan untuk wanita memakai tudung, manakala Erdogan pula telah lama meletakkan dirinya sebagai ‘pahlawan’ Islam yang menentang dasar sekular tersebut.

Türkiye telah menjadi negara sekular sejak tahun 1924 lagi,  namun pemakaian tudung oleh penduduk beragama Islam dalam institusi awam tidak diharamkan secara rasmi  sehingga akhir 1990-an. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI