fbpx

Exco Pahang kemalangan di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dipandu Norolazali yang remuk teruk selepas terbabas di kilometer 49.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan berpusing sebelum berhenti di tengah jalan.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang di Kilometer 49.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak itu berlaku ketika dia bersama keluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ketika ditemui Kosmo! hari ini, Norolazali memberitahu, semasa kejadian dia bersama isteri dan dua anaknya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan selepas menjenguk anak sulungnya di Selangor.

“Tiba di lokasi kejadian, saya hilang kawalan kerana hujan, jalan licin menyebabkan kereta melanggar pembahagi jalan, kemudian berpusing dan berhenti di tengah jalan.

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Katanya, pada masa yang sama, sebuah kenderaan jenis Toyota Innova telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Honda CRV yang dipandunya.

Katanya, dia difahamkan, pemandu Toyota Innova berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI