fbpx

Penerjun udara profesional maut ketika buat persembahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheffield jatuh terjunam tanpa kawalan sebelum terhempas ke atas padang. – WJHL-TV

JONESBOROUGH, TENNESSEE – Seorang penerjun udara profesional terbunuh selepas   terhempas pada ketinggian 304 meter semasa perlawanan bola sepak di sebuah sekolah tinggi dalam negeri Tennessee, Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun semalam.

Richard Sheffield, 55,  mengambil bahagian dalam aksi lagak ngeri profesional sebelum perlawanan bermula, Jumaat lalu.

Penerjun udara berpengalaman itu membuat persembahan bersama   anggota-anggota  pasukan payung terjun  dikenali sebagai Jump TN di Sekolah Tinggi David Crockett, bandar Jonesborough.

Penonton bagaimanapun cemas apabila menyaksikan Sheffield menjunam sebelum terhempas di atas padang.

Rakaman  diperoleh stesen televisyen tempatan, WJHL-TV menunjukkan bapa dua anak itu berputar di ruang udara sambil diiringi  jeritan penonton sebelum terhempas.

Lelaki berusia 55 tahun itu dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Penonton di stadium tersebut bertafakur seketika sebelum perlawanan yang sebelum itu ditangguhkan, disambung semula.

“Mendiang merupakan ahli terjunan  udara dengan pengalaman selama beberapa dekad dan yang dihormati dalam komuniti penerjun udara,” kata Jump TN. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI