WASHINGTON – Keadaan kesihatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekali lagi mencetuskan kebimbangan apabila beliau dilihat keliru ketika cuba kembali ke White House selepas acara menanam pokok di bahagian South Lawn kediaman rasmi berkenaan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Rakaman yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan Biden mahu meninggalkan majlis yang diadakan sempena meraikan perkhidmatan ke-50 tahun penjaga laman White House, Dale Haney.
Presiden tersebut dan Wanita Pertama, Jill Biden ketika itu baru sahaja menutup acara itu sebelum Biden dilihat berjalan ke arah yang salah.
Beliau kemudian berhenti seketika sambil bertanya kepada pasukannya: “Ke mana saya perlu pergi?”
Namun, ketika pengawal keselamatan memberitahu arah sebenar kepadanya, Biden berkata bahawa beliau mahu pergi ke arah lain.
Momen janggal itu adalah terbaharu dialami oleh Biden dalam tempoh beberapa bulan dengan sebilangan pihak mempersoalkan keadaan kesihatannya yang mungkin semakin merosot. – Agensi