fbpx

Tiada ‘parol’ untuk gorila Bua Noi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bua Noi dirakam tidak gembira di dalam sangkarnya yang terletak di tingkat atas pusat beli belah di Bangkok. - Thaiger

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand membuat penegasan terbaharu bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan untuk ‘membebaskan’ seekor gorila bernama Bua Noi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Bua Noi, 33, dikurung di dalam kurungan sempit di sebuah pusat beli-belah di Bangkok.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa berkata,  pemilik Bua Noi bebas mengambil apa-apa tindakan terhadap gorila itu yang dipelihara secara sah sejak beberapa dekad lalu.

“Zoo Pata berjanji akan menjaga Bua Noi dengan baik sehingga haiwan itu mati. Sebagai pemilik sah, pihak zoo berhak untuk terus mengurungnya di lokasi tersebut.

“Pada dasarnya, kita tidak boleh mengambil begitu sahaja apa yang menjadi milik mereka. Banyak perkara yang perlu diselesaikan,” jelas Varawut.

Menteri itu berkata demikian sebagai menjawab satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Zoo Pata. Ia mengatakan bahawa gorila itu tidak ditahan untuk mendapatkan  wang tebusan seperti didakwa oleh setiausaha Varawut, Thaneadpon Thanaboonyawat.

Bua Noi telah menghabiskan masa lebih 30 tahun di dalam kurungan  berukuran 20  meter x 10 meter  di tingkat atas pusat beli-belah tertua di Bangkok, Pata Pinklao Department Store.

Warga Australia, Jodi Broad  melancarkan kempen di laman Change.org untuk menyelamatkan Bua Noi dan  berjaya mengumpul sebanyak 116,942 tandatangan netizen setakat petang kelmarin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI