fbpx

Amaran ribut petir di kebanyakan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

“Amaran ribut petir dikeluarkan bagi seluruh Perlis, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Sementara itu, amaran ribut petir dikeluarkan di beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya di sini hari ini.

Selain itu di Perak pula, amaran dikeluarkan untuk daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Kelantan, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Amaran sama turut dikenakan di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” ujarnya.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata hujan lebat berserta ribut petir juga boleh berlaku di Pahang seperti di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Bagi Selangor pula, amaran ribut petir dikeluarkan di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagi Johor pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” ujarnya.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Limbang.

“Manakala di Sabah, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI