fbpx

1.37 juta pokok ditanam di Perak sehingga September lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) melawat pameran pokok di majlis sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di Treasure@ aman Herbs Gopeng hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

GOPENG – Sebanyak 1.37 juta pokok berjaya ditanam di kawasan seluas 5,026 hektar di seluruh Perak sehingga Sepetember tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan ini dicapai hasil pelbagai program penanaman pokok yang dilaksanakan seperti Communication, Education, Participating and Awareness (CEPA) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Menurutnya, pada masa sama, Jabatan Perhutanan negeri telah mengklasifikasikan sejumlah 485,613 hektar daripada kawasan hutan simpanan kekal sebagai hutan perlindungan.

“Sebanyak 295,400 hektar daripadanya pula adalah sebagai hutan tadahan air.

“Dengan adanya fungsi kelas hutan perlindungan, maka ia mengukuhkan lagi jumlah kawasan berhutan di Perak yang terus dipelihara dan dilindungi,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di The Treasure@Taman Herba di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak tersebut.

Dalam majlis itu, baginda berkenan menyerahkan anak pokok kepada Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik dan Pengurus The Treasure@Taman Herba Gopeng, Eidia Erriany Abdul Rahim.

Baginda turut berkenan menyampaikan sijil penghargaan sumbangan penanaman pokok kepada Pengurus Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Yahanis Yahya dan Pengurus Lembaga Air Perak (LAP), Datuk Ishak Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI