fbpx

Penunggang motosikal jadi mangsa kereta parkir di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular kemalangan membabitkan motosikal dan kereta

PETALING JAYA – Dua penunggang motosikal berdepan detik cemas gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik sebuah kereta meletakkan kenderaannya secara sesuka hati di bahu jalan.

Satu rakaman video tular menunjukkan penunggang motosikal tersebut dilanggar oleh sebuah kereta lain dari arah bertentangan ketika mengelak  kereta yang di parkir di bahu jalan tersebut.

Penunggang motosikal yang didakwa dalam perjalanan pergi ke kerja tersebut kemudian didapati mengutip duit syilingnya yang bertaburan di atas jalan sekaligus menimbulkan rasa simpati netizen.

“Kasihan pula aku tengok budak itu kutip syiling dia, abang jangan marah dia okay, itu jalan dia,” komen fm.

“Kasihan tengok dia kutip duit syiling yang jatuh lagi rasa nak menitis air mata. Tapi motor dia hancur,” komen Ren.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen mengecam pemandu kereta yang parkir kereta di tepi jalan kerana didakwa menjadi punca kejadian .

“Yang salah kereta yang parking di tepi, itu bukan tempat letak kenderaan,” komen Afifsyauqi15.

“Kasihan orang yang tidak bersalah kena. Ini semua sebab kereta parking tepi jalan,” ujar Hanis.

Sehingga kini, video itu ditonton lebih daripada 168 ribu tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI