fbpx

Keluar pagi cari rezeki demi anak OKU, suami sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZATARIAH (kanan) bersama anaknya, Muhammad Hasbullah serta suami di ketika ditemui di kediaman mereka di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, Balik Pulau baru-baru ini.

BALIK PULAU – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu situasi yang ditanggung seorang ibu yang juga pembantu kantin sekolah apabila terpaksa bekerja keras di usia emas demi menguruskan kelangsungan hidup keluarga terutama anak tunggalnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Zatariah Awang Mat, 61, berkata, dia bagaimanapun tetap cekal menerima hakikat dikurniakan anak istimewa, Muhammad Hasbullah Abdul Hamid, 35, yang kini hanya bergantung penuh kepadanya termasuk bagi urusan penyediaan makanan, pakaian dan kebersihan diri.

Menurutnya, keadaan ekonomi yang semakin meningkat memaksanya keluar mencari rezeki hampir setiap hari bagi menampung perbelanjaan untuk keperluan harian isi rumah.

“Tak pernah terfikir untuk berehat lagi (berhenti kerja). Memang kena kerja selagi sihat. Mahu bergantung wang pencen suami, Abdul Hamid Noh, 65, setiap sebulan sekali memang tak sempat.

“Duit upah sebagai pembantu kantin sekolah sebanyak RM250 seminggu itulah yang digunakan untuk membeli barangan dapur termasuk keperluan harian kami sekeluarga.

“Lebih terkesan apabila suami yang menghidap darah tinggi dan kencing manis terlibat kemalangan 11 Oktober lalu sehingga mengakibatkan bahu kanannya patah dan menjalani pembedahan buang bisul besar empat tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Jelasnya, pergerakan suaminya juga agak terbatas ekoran kemalangan dan pembedahan pada belakang badan hingga bahagian tengkuk.

Terdahulu, kediaman Zatariah di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar di sini dikunjungi sukarelawan Nek Norbi kira-kira pukul 3 petang, Ahad lalu.

Bercerita lanjut, Zatariah yang berasal dari Perak memberitahu, setiap hari dia akan keluar be­kerja dengan menunggang motosikal sejauh 12 kilometer ke tempat kerjanya di Bukit Jambul.

“Saya akan keluar pada awal pagi dan pulang ke rumah selepas pukul 2.30 petang. Saya akan pastikan makanan sudah tersedia termasuk mengurus kebersihan diri anak terlebih dahulu sebelum keluar bekerja. Perkara sama dilakukan semasa pulang dari tempat kerja.

“Dia (Muhammad Hasbullah) ada menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan. Wang itu sedikit sebanyak me­ringankan beban yang ditanggung dan digunakan untuk membeli barangan keperluan dirinya,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh hubungi Zatariah di ta­lian 013-5335869 atau menerusi akaun Ambank 0020024006148.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI