fbpx

EPL: Emery pengurus baharu Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMERY dilantik sebagai pengurus baharu Villa menggantikan Gerrard yang dipecat minggu lalu. – AFP

LONDON – Aston Villa membuat keputusan melantik pengendali Villarreal, Unai Emery sebagai pengurus baharu mereka menggantikan Steven Gerrard yang dipecat minggu lalu.

Emery yang pernah mengemudi Arsenal pada 2018 hingga 2019 akan memulakan tugasnya pada 1 November ini selepas urusan permit kerjanya selesai, sekali gus menyaksikan beliau berdepan cabaran pertama menentang Manchester United enam hari kemudian.

Pengurus berusia 50 tahun itu menyertai Villarreal pada musim panas 2020 dan berjaya membantu pasukan itu meraih gelaran Liga Europa pada musim pertamanya.

Beliau meneruskan sentuhan magisnya apabila membantu The Yellow Submarines mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam sejarah kelab berkenaan.

Selepas meninggalkan Arsenal tiga tahun lalu, Emery turut dikaitkan dengan kepulangan ke England apabila khidmatnya dirisik oleh Newcastle, namun be­liau menolak tawaran ber­kenaan.

Emery dianggap seorang jurulatih yang memiliki nama besar apabila sebelum ini turut membantu Paris Saint-Germain me­raih gelaran Ligue 1 selain berjaya membantu Sevilla memenangi tiga gelaran Liga Europa.

Minggu lalu, kerjaya Gerrard di Villa Park selepas 11 bulan me­nemui noktah ketika pasukan itu tewas 0-3 menentang Fulham menyaksikan beliau hanya membantu pasukan itu meraih 13 kemenangan dalam 40 aksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI