SELEPAS tiga bulan menyepi, kumpulan penyanyi Hong Kong, Mirror yang pernah berdepan pengalaman mengerikan dihempap skrin LED gergasi semasa konsert secara langsung pada Julai lalu kini kembali membuat penampilan.
Beberapa anggota kumpulan tersebut berkongsi cerita perasaan tentang kemalangan yang hampir meragut nyawa.
“Saya sangat yakin semua orang yang berada di sana mempunyai 1001 perkara yang bermain dalam minda apabila menyaksikan insiden yang sangat mengejutkan itu,” ujar Edan.
Stanley pula mengekspresikan perasaan marah, kesal, dan semua perasaan negatif yang dirasakan di dalam Instagram dan doktor juga mengatakan perkara tersebut sebagai normal.
Seorang penari kumpulan, Mo, kini lumpuh dan tiada khabar mengatakan dia akan sembuh sepenuhnya. Disebabka trauma, Mirror juga jarang menghadiri acara rasmi di dewan atau tempat awam.