fbpx

K-Clique terima pencalonan MTV EMA 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
K-Clique dicalonkan untuk single mereka berjudul Merais.

KUALA LUMPUR – Kumpulan hip hop tanah air, K-Clique bakal berentap dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang akan berlangsung pada 8 November depan.

K-Clique menerima pencalonan dalam kategori tersebut bersama nama besar lain seperti Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

Kumpulan asal Negeri Di Bawah Bayu, Sabah itu dicalonkan untuk single mereka berjudul Merais.

K-Clique bakal berentap dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik.

K-Clique yang dianggotai Tuju, Noki, MK, KDeaf, Gnello, FareedPF, Somean dan NastyNas mencipta fenomena tersendiri selepas lagu-lagu seperti Mimpi dan terbaru Pulang berjaya mendapat sambutan hebat peminat muzik tempatan.

Untuk mengundi, layari laman web rasmi MTV EMA 2020: https://www.mtvema.com/en-asia/vote/

Terdahulu, penyanyi rap Joe Flizzow mencipta sejarah sebagai penyanyi sulung Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol pada 2018.

MTV EMA 2020 kali ini menyaksikan Lady Gaga menerima pencalonan paling banyak iaitu tujuh pencalonan termasuk Artis Terbaik, Video Terbaik dan Lagu Terbaik hasil single popularnya, Rain On Me (featuring Ariana Grande) yang dimuatkan dalam album Chromatica. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI