fbpx

Calon UMNO, teliti sehingga pejabat kadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Calon-calon yang bakal mewakili UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti akan ditapis secara teliti sebelum dinamakan untuk bertanding.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua nama bakal calon yang diserahkan akan disemak dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dipilih.

Jelas Perdana Menteri itu, calon akan ditapis secara teliti termasuk membuat semakan di pejabat agama Islam untuk memastikan tidak mempunyai sebarang masalah yang boleh menjejaskan pencalonannya.

“Kita sudah mendapatkan pembentangan daripada semua pengerusi perhubungan negeri pada peringkat pertama, mungkin kali kedua akan jumpa sekali lagi.

“Kita kena buat saringan antara nama-nama yang dicadangkan itu. Kita akan saring dengan PDRM, SPRM, insolvensi dan mungkin kali ini dengan pejabat agama.

“Kali ini dengan pejabat kadi pun kita semak juga, takut ada yang kahwin kat Siam (Thailand), takut ada yang isu nafkah anak tidak bayar, kalau dulu kita pernah ‘check’ seperti itu kali ini lebih teliti,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi di Bukit Aman di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai manifesto Barisan Nasiaonal (BN) untuk berdepan PRU15, Ismail Sabri menjelaskan ia akan diumumkan apabila tiba masanya nanti.

“Manifesto bakal diumumkan nanti, insya-Allah kita akan umumkan. Dari segi calon juga kita akan umumkan selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI