fbpx

Pemandu teksi, buruh didenda RM70,000, mengaku seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazar (dua dari kiri) dan Khairul (dua dari kanan) diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pemandu teksi dan buruh didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah menyeludup tujuh lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI), empat tahun lalu.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Nazar Sukkur, 52, dan Khairul Nasir, 40, yang membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara bersama-sama telah membenarkan tujuh PATI berada di dalam kereta jenis teksi jenis utiliti sukan (SUV) Toyota Innova kira-kira pukul 11.30 malam di pesisiran pantai Jalan Pokok Asam dalam daerah Melaka Tengah pada 10 Disember 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh telah ditahan atas maklumat Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pinang selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penghantaran pulang PATI warga Indonesia dan Bangladesh secara haram.

Hasil siasatan polis, salah seorang dibawa di dalam Innova merupakan tekong darat bernama Rio Haspani (warga Indonesia) yang juga bekas tunang kepada adik ipar Khairul.

Kegiatan itu dipercayai telah dijalankan menggunakan teksi milik Nazar dan sebuah Proton Wira milik bapa Khairul.

Terdahulu, Nazar yang diwakili Peguam Datuk Baljit Singh dan Khairul diwakili Zulfikri Zakaria merayu hukuman mereka diringankan dengan alasan pengakuan dibuat telah menjimatkan masa mahkamah, selain telah insaf dan mempunyai tanggungan keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh sebagai pengajaran dan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan denda sebanyak RM35,000 bagi setiap tertuduh atau penjara tujuh bulan jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI