fbpx

Gempa bumi kuat gegar Selatan Kepulauan Sandwich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian gempa bumi kuat di Selatan Kepulauan Sandwich.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Selatan Kepulauan Sandwich pada pukul 8.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, gempa bumi bermagnitud 6.2 skala Richter itu berlaku di 58.7 darjah Selatan dan 26.0 darjah Barat.

“Pusat gempa tersebut terletak di 3,751 kilometer (km) Tenggara dari Puerto Montt, Chile dengan kedalaman 118 km.

“Bagaimanapun, susulan kejadian gempa itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu dalam hantaran berbeza, MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada pukul 9 pagi hingga 12.00 tengah hari ini di Ibu Pejabat Polis Marin Bintulu, Sarawak.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI