fbpx

Lelaki meninggal dunia selepas bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menjalankan siasatan di Kampung Parit Tok Ngah Tanjung Piandang malam ini.

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki meninggal dunia selepas terbabit dalam satu pergaduhan dengan seorang individu yang dikenalinya di Kampung Parit Tok Ngah Tanjung Piandang di sini kira -kira pukul 5 petang hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd. Arshad berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

“Mangsa dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri berhampiran motosikal miliknya setelah pergaduhannya dengan seorang lelaki yang berusia 40-an dileraikan. Polis juga telah berjaya menahan suspek yang juga penduduk tempatan di situ,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, terdapat empat orang saksi di lokasi kejadian yang meleraikan pergaduhan antara mangsa dan suspek.

“Selepas dileraikan, mangsa berjalan ke arah motosikalnya namun rebah dan tidak sedarkan diri. Setakat ini, polis juga tidak menemukan sebarang senjata tumpul atau tajam di kawasan kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Ipoh untuk proses bedah siasat dan pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI