fbpx

Qariah Malaysia johan tilawah al-Quran MTHQA ke-62

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juara MTHQA ke-62 kategori wanita, Sofizah Mousin menerima hadiah disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Dewan Pleno, KLCC di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Qariah Malaysia, Sofizah Mousin muncul juara bagi kategori wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 dengan catatan markah 89.66 peratus.

Bagi kategori lelaki, qari dari Bahrain iaitu Mohamed Sameer Mohamed Magahed berjaya menjadi johan dengan rekod markah 93.33 peratus.

Kedua-dua pemenang tempat pertama itu membawa pulang hadiah berupa piala dan sijil penghargaan beserta wang tunai.

Penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

MTHQA ke-62 menampilkan 36 peserta daripada 28 buah negara meliputi 24 qari (lelaki) dan 12 qariah (wanita).

Acara berprestij itu yang diadakan selama enam hari bermula 19 Oktober lalu hanya melibatkan kategori tilawah al-Quran yang diadakan di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI