PORT DICKSON – Seorang wanita warga emas maut selepas tercampak daripada motosikal ditungganginya dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Saga di Kilometer 8.1 Jalan Seremban di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, mangsa, Lee Boon Eng, 74, yang menunggang motosikal Honda Waze cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Nahas dipercayai berlaku apabila mangsa mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan dan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata, penunggang motosikal tercampak atas jalan raya manakala pemandu kereta selamat. Pemandu tersebut hadir ke Balai Polis Trafik untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE