fbpx

Perdana Menteri minta isu royalti filem dilihat kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon, Faizal Hussein menyerahkan biografi pelakon Allahyarham Hussein Abu Hassan kepada Ismail Sabri pada Majlis Perasmian Penutup Ekspresi @ Finas, di Studio Merdeka Finas hari ini. FOTO SHIDDIEQIIN ZON

AMPANG – Isu berkaitan royalti filem perlu dilihat kembali bagi menjaga kepentingan pelakon, penerbit, pengarah dan mereka yang terlibat dalam aktiviti perfileman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sewaktu menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), beliau telah memulakan perbincangan berhubung isu tersebut.

“Waktu itu diwujudkan komuniti perfileman dan drama untuk melihat industri ini. Kalau artis penyanyi dapat royalti, untuk perfileman hanya sekali bayar iaitu sewaktu berlakon.

“Contohnya filem Mat Kilau, pelakon menandatangani kontrak, tapi filem itu kalau 100 tahun lagi ditayang, mereka tidak dapat apa-apa,” katanya berucap Majlis Perasmian Penutup Ekspresi@Finas di sini hari ini.

Beliau turut memetik tayangan filem P. Ramlee di televisyen termasuk sewaktu hari raya berulang kali, namun keluarga P. Ramlee tidak mendapat royalti tersebut.

“Kalau ikut royalti itu, berapa banyak keluarga beliau dapat bayaran. Malangnya, kita tidak seperti itu dan anak-anak P. Ramlee hidup kesusahan.

“Justeru, perlu dilihat semula untuk kepentingan artis tersebut. Ramai artis filem ini sudah berumur serta menghadapi masalah untuk menyara hidup. Jadi jika dapat royalti berterusan, ia dapat membantu mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI