fbpx

Penutup lurang melambung di udara sebelum timpa bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAS itu rosak akibat penutup lurang yang melambung di jalan. - Pattaya News

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menyiasat punca kemalangan aneh yang berlaku di Pattaya apabila penutup lurang melambung ke udara dan menimpa  sebuah bas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penutup lurang itu dirakam meletup sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) dan melambung kira-kira 5  meter di udara sebelum terhempas di atas sebuah bas.

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di jalan Sukhumvit, bandar Pattaya. 

Pemandu bas berusia 55 tahun dilaporkan terkejut dengan kejadian itu tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Kerosakan yang berlaku akan ditanggung oleh agensi kerajaan.

Punca kemalangan belum jelas tetapi pemandu itu berkata, dia melihat asap putih keluar dari lubang yang terdedah selepas letupan berlaku. 

Lelaki itu juga memberitahu agensi berita Pattaya News bahawa dia terhidu bau gas berhampiran lurang itu.

Siasatan untuk mengenal pasti punca letupan sedang dijalankan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI