fbpx

PRU15: Jangan percaya janji Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (tengah) ketika ditemui di pejabatnya di Simpang Renggam, Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Janji Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memotong gaji Perdana Menteri memberi kesan negatif kepada penjawat awam.

Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah mendakwa jika Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai PM jumlah menteri kabinet akan dikurangkan dan selain kementerian juga berkurangan.

“Apa yang akan berlaku adalah ada kementerian atau jabatan akan dimansuhkan yang secara tidak langsung mengakibatkan pembuangan ribuan pekerja khususnya pekerja kontrak.

“Perkara ini sudah pun berlaku pada tahun 2018 apabila PH mentadbir negara dan tidak mustahil akan berulang lagi jika gabungan ini diangkat sekali lagi untuk mentadbir negara,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Simpang Renggam di sini hari ini.

Zakaria turut berpendapat, adalah lebih baik untuk Anwar menurunkan harga minyak seperti yang pernah dianjikan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) empat tahun lalu.

Ujarnya, janji penurunan harga minyak memberi kesan cepat dan langsung kepada kelangsungan hidup rakyat, berbanding janji pemotongan gaji menteri.

Ironinya, kata Zakaria sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan 27 tahun yang lalu, tidak pula ada langkah memotong gaji menteri.

“Selain itu adalah lebih baik juga Anwar menyatakan prinsip Parti PKR untuk tidak mencalonkan kembali mana-mana Ahli Parlimen PKR yang gagal untuk membawa sebarang perubahan pembangunan kepada kawasan yang mereka wakili,” katanya.

Beliau juga mendakwa Ahli Parlimen PKR yang mewakili Simpang Renggam, Maszlee Malik gagal untuk menjalankan tugas dengan baik dan membawa pembangunan ke Simpang Renggam.

Menurut Zakaria, Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak menjanjikan bulan dan bintang namun apa yang dilakukan adalah memastikan kelangsungan hidup rakyat terjamin, terbela dan dilindungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI