fbpx

‘Lupakan Piala AFC, fokus Piala Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL CITY enggan terus dihantui kekecewaan ekoran kekalahan aksi final Piala AFC sebaliknya mahu fokus aksi Piala Malaysia.

KEJAYAAN mencipta sejarah ketika muncul naib juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sudah cukup untuk mematangkan Kuala Lumpur City bagi melunaskan misi mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

Magis percaturan pengendali pasukan, Bojan Hodak dan status selaku juara bertahan mengangkat martabat KL City sebagai salah satu pasukan pilihan untuk saingan kali ini.

Tonggak tengah KL City, Zhafri Yahya nekad mahu rakan sepasukannya segera melupakan episod kekalahan kepada Al-Seeb di pentas Piala AFC.

“Kita ada sejarah yang agak baik dalam Piala Malaysia. Bojan Hodak juga pasti ada peranca­ngan terbaik dan kami sebagai pemain hanya perlu ikut perancangan jurulatih. Selain itu, saya juga harapkan tuah akan bersama kami sekali lagi.

“Piala Malaysia adalah aksi baharu dan kita lupakan apa yang jadi di Piala AFC. Fokus sekarang perlu diberikan kepada saingan Piala Malaysia,” katanya.

Sejak mula menyertai skuad The City Boys musim lalu, Hodak membuktikan kualitinya sebagai antara jurulatih terbaik di Liga Malaysia apabila menamatkan penantian 32 tahun Kuala Lumpur untuk menjulang Piala Malaysia menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 musim lalu.

Sentuhan jurulatih dari Croatia itu berterusan apabila membawa pasukan ke final Piala AFC dan akan memulakan kempen Piala Malaysia 2022 dengan menentang PDRM, Khamis ini.

Jika berjaya mengatasi The Cops, KL City akan menanti pemenang antara Sri Pahang dan Terengganu di peringkat suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI