fbpx

Indonesia sasar vaksin Indovac sebagai dos penggalak, kurang kebergantungan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas kesihatan menunjukkan vaksin Indovac semasa kempen vaksinasi dos pertama di Bandung pada 13 Oktober lalu. - AFP

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia berharap agar pengeluaran vaksin Covid-19 buatan tempatan akan menerajui pelaksanaan vaksinasi dos penggalak di negara itu, lapor laman berita Merdeka.com kelmarin.

Vaksin IndoVac merupakan hasil pembangunan penyelidikan dari Universiti AirLangga (Unair) dan dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Bio Farma di Bandung, Jawa Barat.

Ia dilancarkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada 13 Oktober lalu untuk meneruskan vaksinasi kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun serta bawah 12 tahun.

Vaksinasi IndoVac untuk suntikan primer (dos 1 dan 2) terhadap golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas turut mendapat kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (BPOM) pada 24 September lalu.

“Kami berharap peneraju vaksinasi penggalak adalah vaksin buatan tempatan dalam supaya tidak bergantung kepada negara lain,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dante Saksono Harbuwono.

Menurut Dante, orang ramai lebih mudah untuk mendapatkan vaksinasi dos penggalak dengan kewujudan vaksin buatan tempatan.

“Apa sahaja varian baharu yang muncul, kita boleh mengoptimumkan penggalak kerana antibodi mempunyai usia dan akan berkurangan. Penurunan antibodi akan menyebabkan risiko dijangkiti Covid-19 meningkat,” katanya.

Selain itu, sambung beliau, orang ramai perlu tetap berdisiplin dalam melaksanakan protokol kesihatan supaya tidak dijangkiti atau menjangkiti orang lain.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, kementeriannya sedang menumpukan usaha untuk membekalkan keperluan vaksin Covid-19 buatan tempatan bagi menampung kekurangan vaksin import yang kini melanda beberapa wilayah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI