fbpx

UUM ubah cuti semester, beri peluang penuntut pulang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UUM mengubah tarikh cuti semester bagi memberi peluang penuntut UUM pulang mengundi pada 19 November ini.

ALOR SETAR – Kira-kira 20,000 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) berpeluang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November depan memandangkan ia dalam tempoh cuti semester universiti tersebut.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof. Dr Haim Hilman Abdullah, ketetapan itu dibuat oleh pihak universiti bagi membolehkan penuntut mengundi tanpa mengganggu jadual kuliah masing-masing.

Katanya, universiti menyusun semula cuti semester yang dijadualkan bermula 2 hingga 10 Disember depan kepada 18 hingga 26 November depan.

“Ini adalah pendekatan universiti dan hasrat kita untuk memberi peluang kepada semua penuntut menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kalau diberi pelepasan pada hari mengundi itu, mereka terpaksa menggantikan waktu kuliah pada masa lain,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya juga menggalakkan penuntut menggunakan peluang cuti semester berkenaan untuk pulang dan menunaikan tanggungjawab itu.

“Itu antara komitmen kita juga untuk memastikan seramai mungkin penuntut dapat pulang ke destinasi masing-masing untuk mengundi,” ujarnya.

Tambahnya, mengundi merupakan satu tanggungjawab yang besar kepada rakyat dalam usaha untuk terus menyuburkan demokrasi di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI