fbpx

10,506 pelajar B40 terima bantuan pendidikan YPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada program CSR Pendidikan YPM di Pusat Komuniti Padang Kerasak dekat Kuala Nerang, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Seramai 10,506 pelajar daripada keluarga B40 di negeri ini menerima manfaat bantuan pendidikan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan lebih RM1.8 juta sepanjang tahun ini.

“Tahniah kepada YPM atas pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan dalam membantu golongan yang memerlukan ini.

“Usaha ini perlu dilaksanakan bagi memastikan anak-anak luar bandar terutama daripada golongan B40 tidak keciciran dalam pelajaran selain meringankan tanggungan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program CSR Pendidikan YPM Daerah Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, bantuan itu disalurkan menerusi pelbagai program pendidikan YPM yang dilaksanakan sepanjang tahun.

“Antaranya adalah Skim Bantuan Persekolahan, Dana Ehsan Pendidikan, Program Tuisyen Pintar, Program Kecemerlangan Modal Insan, Skim Anak Angkat dan Pembiayaan Pendidikan Tertiari,” ujarnya.

Kata beliau, program CSR YPM itu turut melibatkan Unimara dan Rural Capital Berhad (RCB) sebagai penyumbang di samping kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI