fbpx

[VIDEO] Ibu dukung bayi selamat diri dari rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah Norazrina yang musnah terbakar di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Panji Alam di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.11 malam itu, Norazrina Mohamad, 30, yang berada di rumah tersebut bersama bayi bongsunya berusia enam bulan terselamat apabila sempat menyelamatkan diri.

Ibu muda itu berkata, sewaktu kejadian, suaminya, Sharifuddin Sulaiman, 32, keluar rumah untuk membeli makanan manakala dua lagi anaknya berada di rumah nenek mereka yang terletak bersebelahan.

“Asap tebal tiba-tiba menyelubungi ruang tamu rumah saya. Saya yang pelik sempat keluar rumah menerusi pintu dapur sebelum menyedari rupa-rupanya bahagian bawah rumah saya sedang marak terbakar.

“Tanpa berfikir panjang, saya berlari masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan bayi perempuan saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kebakaran di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sepasukan anggota bomba bersama jentera bergegas tiba di lokasi kebakaran pada pukul 9.18 malam.

Beliau berkata, api kebakaran berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10 malam.

“Rumah terbabit musnah 100 peratus selain tiga motosikal milik mangsa yang diletakkan di garaj turut hangus terbakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI