fbpx

EPL: The Gunners hampir jadi ‘mangsa’ Southampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Granit Xhaka berjaya meledakkan gol buat Arsenal tetapi gagal membantu pasukan membawa pulang tiga mata selepas seri 1-1 bertemu Southampton sebentar tadi. - Foto ihsan EPL

LONDON – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) mensia-siakan peluang keemasan untuk melebarkan jurang mata selepas terikat seri 1-1 bertemu Southampton sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium St. Mary itu, skuad kendalian Mikel Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka mengetuai jentera serangan.

The Gunners dilihat memulakan aksi dengan langkah positif dengan melakukan siri serangan bahaya ke atas kubu The Saints.

Gol yang dicari Arsenal akhirnya tiba menerusi ledakan pemain tengah, Granit Xhaka selepas menerima hantaran Ben Whites seawal minit ke-11.

Jaringan tersebut menyuntik semangat pasukan pelawat untuk menambah gol tetapi setiap serangan berjaya dipatahkan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad tuan rumah dilihat berpotensi untuk mencari gol penyamaan hasil gerakan pemain lincah, Romain Perraud.

Jaringan penyamaan yang dicari pasukan Southampton akhirnya hadir menerusi gol ledakan Stuart Armstrong yang menyudahkan hantaran Mohamed Elyounoussi pada minit ke-65.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

Kedudukan Arsenal selaku pendahulu EPL masih tidak terjejas selepas mengutip 28 mata daripada 11 aksi dengan perbezaan dua mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI