fbpx

Hasrat pasukan hoki Malaysia bangkit tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Malaysia Liau Alfarico cuba melepasi pertahanan Australia Doan Michael pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2022 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Hasrat pasukan Malaysia untuk bangkit kecundang setelah dibelasah Australia 8-0 pada perlawanan kedua kejohanan hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.

Pada perlawanan itu, pasukan bimbingan Muhammad Amin Rahim beraksi dengan baik pada separuh masa pertama apabila mampu menyaingi kekuatan juara dua kali itu.

Pasukan negara hampir mengejutkan Australia menerusi serangan yang dilakukan Muhammad Khairul Norizam dan Hazreeq Alief Rosli namun dinafikan benteng pertahanan Australia.

Walaupun bertahan dengan cukup baik pada separuh masa pertama, gawang Malaysia bolos akhirnya pada minit ke-19 hasil siasatan Liam Hart menerusi gol padang.

Memasuki suku ketiga, aksi pasukan tuan rumah sedikit berbeza dan kurang menjadi, memberi ruang buat The Burras mengambil kesempatan meledak dua gol menerusi pukul sudut penalti yang disempurnakan oleh Jake Lambeth Cooper Burns pada minit ke-36 dan ke-44.

Australia terus buas memburu gol dengan menambah jaringan menerusi gol padang yang dijaringkan Hart dan Jack Holland pada minit ke-47 dan ke-49 bagi menambah derita pasukan tuan rumah.

Pada lima minit terakhir permainan, Australia yang dahagakan gol terus mengasak Malaysia dan berjaya meledak tiga gol menyaksikan Burns melengkapkan jaringan hatrik manakala Brodee Foster meledak gol pertamanya dalam kejohanan itu.

Keputusan itu menyaksikan Australia berada di tempat pertama liga dan nasib berbeza dialami Malaysia yang terperosok ke tangga tercorot.

Terdahulu, penyandang juara, Great Britain dikejutkan pasukan Jepun setelah tewas 1-2.

Gol Jepun dihasilkan oleh Hiro Saito dan Tsubasa Tanaka manakala gol tunggal Great Britain dijaringkan oleh Max Anderson, kesemua gol adalah menerusi gol padang.

Dalam perlawanan berasingan, pendatang baharu, Afrika Selatan turut melakarkan kejutan apabila menewaskan juara dua kali, India 5-4.

Afrika Selatan membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Marvin Simons sebelum India menjarakkan kedudukan apabila Nand Sharda Tiwari meledak dua gol dan Uttam Singh menambah satu menjadikan kedudukan 3-1.

Pasukan bimbingan Joshua David bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Fawaaz Kahder dan Senzwesihle Ngubane menerusi pukulan sudut penalti sebelum Sudeep Chirmako menambah jaringan buat India.

Cameron le Forestier memastikan kemenangan memihak buat Afrika Selatan apabila meledak dua gol pada 10 minit terakhir permainan menerusi gol padang dan pukulan sudut penalti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI