fbpx

Bertembung tarikh PRU15, Siti Nurhaliza anjak konsert bulan Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

PETALING JAYA – Pertembungan dengan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) membuatkan Konsert A Night To Remember Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza Live at Persada Johor yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November depan dianjak ke tarikh baharu.

Perubahan tersebut dikongsi penyanyi nombor satu negara itu menerusi Instagramnya dengan menyatakan tarikh baharu adalah pada 16 dan 17 Disember depan.

“Alhamdulillah. Persada Johor sudah pun mengumumkan tarikh baharu iaitu 16 dan 17 Disember depan.

“Mengikut tarikh asal untuk persembahan, hari kedua saya jatuh kepada hari mengundi.

Konsert A Night To Remember Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza Live di Persada Johor yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November depan dianjak ke tarikh baharu  iaitu 16 dan 17 Disember 2022. – FOTO/INSTAGRAM SITI NURHALIZA

“Kepada peminat yang membeli tiket pada tarikh 18 dan 19 November depan boleh berhubung dengan penganjur atas perubahan tarikh baharu ini,” tulisnya.

Mengikut jadual asal, persembahan itu turut membariskan penyanyi jemputan Khai Bahar dan Aina Abdul.

Sebelum ini satu lagi persembahan penyanyi itu, Music of The Soul An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza dimaklumkan masih mengikut perancangan asal iaitu pada 5 dan 6 November depan.

Katanya, persembahan berkenaan tidak bertembung dengan mana-mana program lain seperti yang dikhuatiri pada awalnya, kecuali sama Hari Penamaan Calon PRU15 pada 5 November.

Selain Siti, persembahan yang akan diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) terbabit menampilkan vokalis terkenal Datuk Awie sebagai undangan istimewa.

Sementara itu, halaman rasmi kelab peminat, Sitizone Official Page di Facebook (FB) pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut memaklumkan mengenai perubahan tarikh konsert di Persada, selain mengesahkan persembahan mega di KLCC mengikut jadual asal.

Terdahulu, pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15, membuatkan penganjur konsert terpaksa menunda acara ke tarikh lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI