fbpx

‘Abang nak coli awak’ – Baby Shima dedah kemiangan lelaki berkopiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Baby Shima mendedahkan menerusi Instagram dirinya diganggu lelaki 'miang' berkopiah.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima membuat pendedahan dirinya diganggu lelaki berkopiah ‘bertopengkan agama’ dengan ayat-ayat lucah melampau.

Shima atau nama lengkapnya, Nor Ashima Ramli, 30, menerusi Instagram dengan berani dan tanpa teragak-agak mendedahkan untaian direct message (dm) diterimanya daripada seorang lelaki berimej Islamik.

“Abang nak coli awak. Hari-hari pakai baju dalam. Kita jual semua pakaian dalam wanita. Minta semua perempuan Melayu pakai seksi,” demikian antara mesej lucah diterima pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu menerusi dm Instagram.

Barangkali hilang sabar dan berang dengan perbuatan melampaui batas lelaki itu, Shima memberi peringatan menerusi hantaran status terbabit bahawa jangan bersikap munafik demi melempiaskan nafsu serakah.

“Instagram abang penuh dengan ceramah baik-baik. Alhamdulillah, tapi di sebaliknya, masya-Allah orangnya munafik.

“Nanti dah ‘kantoi’, bagi alasan diri kena hack (godam). Okey itu perkara biasa. Tiba-tiba, saya rasa nak nyanyi (lirik) lagu Zizi Kirana ‘hati hitam boleh tutup dengan jubah’ (berjudul Eh).

“Ramainya orang munafik zaman sekarang ini,” coret penyanyi kelahiran Johor Bahru itu dalam satu hantaran Instagram.

Menerusi hantaran terbabit, Shima turut berkongsi tangkap layar mesej-mesej lucah keterlaluan yang dihantar lelaki berkopiah itu termasuklah hasratnya mengajak Shima menonton filem lucah (porn) bersama-sama.

Terdahulu, Shima pernah membongkar perbuatan keterlaluan lelaki dalam media sosial termasuk daripada golongan pelajar sekolah sehingga ada mengajak dirinya melakukan hubungan seks luar nikah selain ramai netizen mencerca dirinya perkara tersebut terjadi adalah disebabkan imej seksinya yang kadang-kadang ‘terlalu mengundang’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI