fbpx

Damok terlepas kutipan mata di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarifuddin menamatkan saingan dikedudukan ke-16 ketika beraksi di Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepan (SIC) di sini hari ini. - FOTO/ SHIDDIEQIIN ZON

SEPANG – Pelumba berbakat negara, Syarifuddin Azman mengakui jentera yang kurang ‘padu’ terutama di laluan lurus meragut peluangnya untuk mengutip mata ketika turun beraksi dalam saingan kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Malaysia hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun tersebut yang memulakan saingan di petak ke-21 tampil dengan tunggangan cukup baik apabila berada di kelompok 15 pada awal perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Namun, usaha Damok untuk mengutip mata tidak kesampaian apabila dia mengakhiri perlumbaan tempat ke-16 selepas dipintas pelumba Red Bull KTM Tech3, Andrian Fernandez di penghujung perlumbaan.

“Pertama sekali syukur Alhamdulilah kerana saya berjaya tamatkan dengan perlumbaan cukup baik. Pada awal perlumbaan saya berada di kelompok 15 terbaik.

“Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama, kerana sukar untuk saya mengejar kembali Fernandez kerana seperti kita tahun KTM mempunyai kelebihan di laluan lurus.

“Saya cuba memintas mereka hanya di selekoh dan ketika di laluan lurus saya banyak kehilangan masa di situ. Saya cuba menutup ruang tetapi sukar. Apapun, terima kasih kepada penonton yang hadir ke Sepang memberi sokongan kepada saya dan saya dengar jeritan mereka,” katanya di sini semalam.

Selepas berakhir perlumbaan di Sepang, Damok akan memberi tumpuan kepada saingan JuniorGP yang kini berbaki satu pusingan sahaja lagi.

Damok sudah mengumpul 110 mata untuk berada di tangga keempat keseluruhan dan masih berpeluang untuk menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat kedua pada perlumbaan kemuncak di Valencia, hujung bulan ini.

Pelumba Britain, John McPhee (Sterilgarda Husqvarna Max) yang memulakan saingan di petak ke-22 melakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan tersebut sekali gus meraikan kemenangan pertamanya dalam tempoh dua tahun.

Kali terakhir McPhee meraih kemenangan pada Moto3 pada September 2022 di Misano, Itali. Pelumba Jepun, Ayumu Sasaki yang juga merupakan rakan sepasukan McPhee tempat kedua dan pelumba Gaviota GASGAS Aspar, Sergio Garcia melengkapkan podium tempat ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI